alat pegeraman ini diperbuat daripada papan lapis dan juga beberapa batang kayu sebagai tiang dan penyokong. ia telah di gunakan oleh ayah aku beberapa kali untuk menetaskan telur puyuh. selain itu, telur binatang lain pun ada juga, ayam kapan. kelihatan dalam gambar ia sudah uzur kerana sudah lama ia tidak digunakan. apa yang nak aku tonjolkan di sini ialah bagaimana ia di buat dan apa komponen yang penting perlu ada.gambar di atas adalah posisi belakang.
gambar di atas adalah posisi tepi sebelah kiri.
gambar di atas menunjukkan pandangan atas "top view" bagi alat ini. cuba perhatikan dengan teliti kelihatan cara pendawaian untuk mentol jumlahnya 6 biji yang dipasangkan secara litar selari. kelebihan litar selari berbanding litar bersiri adalah apabila salah satu mentol terbakar yang lain tetap akan menyala.
perlu dipasangkan pada pintu alat ini klip yang kebiasaannya terdapat pada pintu almari pakaian.ini menjamin pintu akan sentiasa rapat agar suhu di dalamnya dapat dikekalkan.anda akan dapat merasa atau mendengar bunyi klik apabila pintu ini ditutup dan menandakan ia sudah rapat.
klip perlu dipasangkan pada kedua-dua sisi pintu agar lebih kemas apabila pintu ditutup nanti. berikut juga menunjukkan jenis soket mentol lampu snap on yang digunakan. pilihan soket mentol jenis snap on atau berskru adalah bergantung kepada anda.snap on lebih murah dan mudah didapati di kedai-kedai runcit.
berikut adalah sebatang kayu yang dipasang pada kedua-dua sisi kiri dan kanan untuk diletakkan satu tray kayu berjaring tempat telur diletakkan. ia lebih mudah kerana dapat disorong keluar dan masuk apabila hendak menyusun telur nanti.maaf gambar tray kayu yang dikatakan tidak dapat ditunjukkan kerana sudah hilang entah ke mana.
dinding alat penetasan telur ini ada dua lapisan.habuk kayu dimasukkan di tengah-tengah dinding papan lapis ini.tujuannya adalah untuk mengekalkan suhu.anda boleh juga menggantikan habuk kayu ini dengan lapisan polisterin yang kita dapati pada bekas-bekas penahan haba atau lebih mudah lagi bekas ikan.pengekalan suhu yang stabil adalah amat penting semasa peroses pengeraman dilakukan.
berikut adalah gambar alat pengawal suhu yang boleh di order melalui saya atau terus beli dari kedai-kedai.alat ini merupakan komponen utama yang perlu ada untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki.ia berfungsi sebagai suis untuk menyalakan dan menutup lampu. cara menyelaraskannya adalah dengan memusingkan piringnya.terdapat suis yang kecil pada alat ini. cara ia bekerja, apabila piring besi tersebut panas ia akan mengembang dan akan menekan suis ini. ingat sifat logam ia akan mengembang apabila ia panas dan mengecut apabila is sejuk. satu thermometer perlu ada untuk melihat suhu yang paling tinggi atau untuk menyelaras takat suhu yang dikehendaki. jangan lupa bahawa suhu setiap jenis "species" binatang adalah berbeza. sila rujuklah pakar lain.gambar di atas menunjukkan dua piring logam yang telah disusun. terdapat juga alat tambahan untuk diletakkan didalam alat pengeraman telur ini iaitu alat memusing telur secara automatik. tempoh masa memusingkan telur ini boleh diubah kerana ia ada litar timer. alat ini memudahkan kerja-kerja kita lagi kerana tidak perlu memusingkan telur ini secara manual dan dapat elakkan dari terlupa. tambahan pula jika telur hanya dua hingga 20 biji memang mudah untuk memusingnya. tetapi jika melibatkan beratus-ratus telur? lenguh juga tangan. untuk mendapatkannya anda boleh terus order dari saya atau membeli di kedai-kedai berkenaan.
tamat sudah........jika ada pertanyaan dan ingin berkongsi ilmu bolehlah hubungi saya.
Bolehkah saya order terus. Saya hanya perlukan set yg kecil untuk 10 hingga 20 telur ayam serama saya yang selalu malas utnk mengeram. Klu boleh oder..bagaimna n brapa harga?
ReplyDeleteCWZ
SELAYANG