kipas amat penting geng semasa cuaca panas. kita selalu guna, ada yang tahan lama dan ada yang tidak tahan lama. kipas meja aku ni sudah lama di gunakan kira-kira sudah 8 tahun. ia selalu di gunakan di rumah aku di kampung. MASALAH kipas aku ini ia semacam lekat dan tidak boleh berpusing dengan ligat walaupun speed 3. bila ditekan speed 1 langsung tak bergerak. bila dipegang pada motor kipas ia panas dan bila dihidu semacam bau benda panas. jadi aku fikir tentu kipas ini dah kering grisnya atau pun masalah pada motor. PERALATAN yang diperlukan ialah skru driver, minyak gris mesin atau kenderaan (tapi ia pekat sedikit dan kurang sesuai).
berikut adalah gambar menunjukkan komponen atau bahagian dalaman setelah penutup plastik kipas di buka.di dalam gambar di sebelah terdapat nama bahagian-bahagian kipas.NOTA: hati-hati semasa mebuka penutup plastik. pastikan plug telah di cabut terlebih dahulu.
setelah kesemua skru dicabut, tanggalkan bahagian kotak gear pusingan automatik. hati-hati semasa menanggalkannya kerana sesetengah model ada terdapat bebola kecil sebagai "lock" atau kunci dan juga spring kecil. pastikan gigi gear-gear ini terdapat gris.
gambar di bawah menunjukkan sebahagian gear yang terdapat pada bahagian utama gear. kelihatan seakan skru yang melintang. sebenarnya ia adalah batang shaft utama kipas yang akan disambungkan pada bilah kipas.
berikut adalah gambar depan bahagian kerangka kipas. kelihatan dengan jelas coil dan shaft yang akan diletakkan bilah kipas. hati-hati semasa membuka. pastikan coil tidak di usik dan tidak putus.

sangat sgt berguna..kipas saya skrg kalau nak hidup macam kapal terbang nak berlepas bising pastu senyap...
ReplyDelete