Friday, July 24, 2009

Solar Flower Charger


Projek minggu ini pula ialah melihat mekanikal solar flower. saya juga bercadang untuk modifynya supaya boleh digunakan untuk mengecas peralatan yang lain. beberapa penemuan saya jumpai iaitu voltage yang dihasilkan adalah kecil. kedua ia tidak menggunakan bateri rechargeable sebagai penyimpan tenaga, tetapi menggunakan kapasitor sebagai penyimpan tenaga atau arus elektrik. ketiga terdapat dua jenis magnet yang digunakan dan kekuatan medan magnetnya adalah berlainan.



gambar kiri di atas setelah saya membuka cover luar alat ini. hanya 4 skru perlu di buang menggunakan screw driver yang kecil. gambar yang ditengah menunjukkan beberapa komponen elektronik yang mengawal alat ini. kelihatan kapasitor, dawai dan wayar berwarna putih. gambar kanan bawah ialah gambar yang menunjukkan mekanisma alat ini. kelihatan gegelung (coil) dawai tembaga yang mampu menghasilkan arus elektrik. hati- hati jika coil ini putus anada perlu membeli yang lain... tompok hitam pada mekanisma yang berwarna hijau itu ialah besi pengimbang. gunanya untuk memberi momentum supaya alat ini dapat bergerak. seolah-olah sebagai penyimpan tenaga keupayaan (potential energy). dibawah ini saya bagi gambar yang lain supaya lebih jelas.

untuk mengetahui jumlah voltan yang dijana oleh panel solar saya menggunakan multivoltmeter (mvm). sambungan antara polariti/kutub positif dan negative berpandukan yang terdapat pada kaki kapasitor. cuba perhatikan dengan betul jumlah voltage sebelum disambungkan dengan alat ini..o.oo1 volt..apabila ia disambung dengan mvm jumlah voltage berubah kepada 1 volt.


ok, sekarang kita pergi dengan lebih detail tentang alat ini. gambar dibawah menunjukkan mekanisma alat ini, iaitu sendi utama yang mengekalkan kedudukan dan juga berperanan sebagai tuas kepada alat ini.

seperti yang telah diterangkan diatas tadi alat ini terdiri daripada beberapa komponen mekanikal, elektronik, elektrik dan bahan berlainan. kelihatan nama-nama dan kedudukannya supaya dapat difahami dengan lebih jelas.

saya dapati magnet yang digunakan adalah berlainan jenis dan kekuatan. untuk mengetahui dengan lebih jelas search nama magnet "neodymium magnet". magnet ini kuat dibandingkan dengan magnet yang lain. ia mampu mengubah lampu isyarat kepada hijau bagi lampu isyarat yang dikawal secara automatik cuba search "inductive loop traffic detector".


kita pergi lebih detail tentang litar elektronik dan komponennya. wayar putih kapasitor disambung terus dengan panel solar.dawai halus tembaga dilindungi dengan titik hitam. ini kerana kebiasaannya pengilang akan melindungi hak ciptanya. litarnya disembunyikan dalam titik hitam tersebut.

terdapat satu tapak kosong pada litar tersebut. sila lihat gambar di bawah. tiada arus apabila di letakkan mvm.mungkin untuk kegunaan upgrade.

KESIMPULANNYA litar ini dapat digunakan untuk tujuan yang lain iaitu seperti yang telah diterangkan sebelum ini....untuk mengecas peralatan elektronik seperti handphone, mp3 player, rechargeable battery dan lain-lain lagi. namun, beberapa litar tambahan diperlukan supaya peralatan lain dapat dicas. selain sebagai perhiasan dalam kereta anda...ia juga boleh digunakan untuk mengecas....sudah jimat.

No comments:

Post a Comment