Friday, February 17, 2012

PUMP AIR

Kebanyakan peralatan elektrik mempunyai peralatan elektronik. Salah satu ialah capacitor. Capacitor mudah rosak jika ia terlampau panas. Bagi kapasitor elektrolit ia ada cas positif dan negative. Bila meletup akan mengeluarkan bau macam kacang bakar. Kesan kehitaman akan dapat dilihat. Sebab-sebab kapasitor ini rosak disebabkan oleh voltan yang lebih atau terlampau panas. Kapasitor pump ini meletup sebab terlampau panas. Kipas penyejuk pump ini patah dan di cabut. Kesannya pump menjadi panas.
Bintik hitam pada kapasitor ini disebabkan suhu yang terlampau panas.

Wayar yang berlainan warna.

posted from Bloggeroid

JARING TANGKAP IKAN

Kebiasaan jaring ikan akan koyak di tepi bingkai besi. Gambar menunjukkan cara untuk elakkan dari jaring ikan selalu koyak. Bahan buatan mudah untuk didapati.
Cantik dan kemas.

posted from Bloggeroid

MEMBUAT STAND JEMURAN MUDAH

Alat ini di ambil di sebuah stesen minyak. Ia menarik perhatian kerana designnya yang simple. Mudah untuk di buat, dan kukuh.


Published with Blogger-droid v2.0.4

ALAT KARAN IKAN

Kaki pancing mesti tak suka alat ini. Sebab kesannya akan menyebabkan lubuk ikan akan kosong. Ikan di kawasan lubuk tidak akan ada di lubuk untuk jngka masa yang panjang. Seolah-olah ikan dah perit bila terkena karan. Ikan akan beralih ke tempat lain. Biasa karan yang simple sebegini datang dari seberang. Amat mudah untuk membuatnya. Tapi aku belum cuba buat. Sebab aku kaki pancing. Alat sebenar yang pada gambar diatas tu mudah didapati tapi di kereta model lama. Model yang baharu memang xde sebab guna CDi etc.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, August 5, 2010

sarung pisau


Kebanyakan pisau-pisau yang kita dah ada sarungnya. Tetapi ada juga pisau yang tiada sarung semasa membelinya. Gambar ini diambil dari seorang kawan yang agak kreatif untuk ganti sarung pisaunya yang telah hilang. Sarung pisau ini di perbuat daripada paip pvc rumah. Amat lasak dan tahan lama. Kalau hilng pun sarungnya tidaklah terasa sangat.

Perhatikan cara untuk mengantungkan pisau ini. Kemas dan cantik.

Perhatikan cara membuat klik supaya pisau tidak tanggal dari sarungnya walaupun ulu pisau diletakkan di bawah. Kemas dan mudah ditarik jika hendak keluarkan pisau.

Saturday, July 10, 2010

Modify my RC airplane


Modfy kapal terbang memang menarik. Selain dari pada dapat mengetahui kemampuan kita, kita juga dapat membuat lagi bentuk2 kapal terbang yang canggih lagi. Kapal yang saya modify pada kali ini ialah kapal glider yang pada asalnya tiada servo. Jadi untuk menambahkan lagi “feel” bawa kapal terbang saya telah mengubahsuainya. Body ini menunjukkan dua kipas untuk kiri dan kanannya.

Langkah permulaan saya telah membuat ekor kapal terbang yang lain. Sayap belakang foam ini di screw pada plastic yang saya potong dari bekas minyak enjin kereta.

Cara melipat plastik ini, saya telah menggunakan “seal heater”. Seal heater ini biasanya kita dapati untuk seal atau menutup plastic yang telah diisikan keropok atau ikan pekasam dll. Biasanya kalau orang dahulu menggunakan lilin jer. Jadi saya gunakan untuk lipat plastic mengikut bentuk2 yang dikehendaki.


Gambar ini menunjukkan beberapa screw yang perlu di buka untuk diletakkan sayap ekor kapal terbang.


Apabila telah siap di potong saya lekatkan dengan menggunakan screw. ( tetapi ekor ini telah di ubah mengikut kesesuaian untuk servo parking nanti ).

Gambar ini , menunjukkan sayap asal untuk mendapat nisbah sayap yang baru kapal terbang ini.

Berikut lukisan telah di buat dan sedia untuk di potong.

Berikut gambar yang telah siap kedudukan sayapnya. Namun banyak lagi perlu di buat. Langkah seterusnya aerodinamik sayap. Aerodinamik perlu pada sayap untuk mendapatkan daya angkat.

Saya telah menggunakan bahan terbuang bekas penutup plastic. Bentuk sayap ni boleh dapati dalam internet. Bentuk-bentuk sayap ini memainkan peranan yang penting. Gunakan alat yang sesuai untuk memotong plastik ini.


Gambar ini menunjukkan sayap yang telah siap dilekatkan bentuk aerofoil yang dikehendaki. Gunakan bahan plastic untuk menahan dari “terbokeh”. hihi…. Sebelum ini saya telah mengunakan binding tape. Tetapi lama-lama dia “terbokeh”. Jadi untuk kekalkan bentuk yang dikehandaki saya menggunakan dawai.




Seterusnya saya perlu membuat tapak motor. Stand motor ini nampak simple. Tapi ababila di uji dengan motor, ada sedikit “vibrate” pada propeller. Untuk itu saya telah mengubah suai dengan menambahkan plat besi pada stand motor ini.

Gunakan juga dawai untuk lekatkan pada sayap kapal terbang. Oleh kerana kekurangan pada budget untuk membeli servor, jadi saya telah menggunakan dawai telekom yang terpakai ( jangan marah telekom bukan curi ni tau ). Dawai ini di gulung dan dilipat untuk dijadikan sebagai engsel atau linkage bagi mengantikan servo.

Sekarang semuanya telah siap dan sedia untuk terbang.



Berikut adalah kapal terbang RC saya yang telah siap. Syukur Ya Ilahi. Sila tonton video yang telah dirakam. Namun kapal terbang ini dah jadi kenangan buat selama-lamanya. Kapal terbang ini hilang sewaktu berada di angkasa. Ia perlu lagi di ubah suai. TUNGGULAH next design….neuralTECH.

Monday, February 1, 2010

cooling fan untuk adaptor

Projek pada kali ini ialah modify power adaptor dengan menambah cooling fan. Power adaptor ini dapat membekalkan sehingga 12V dan 1000mA. Harganya dalam Rm 15.00. Seringkali apabila terlalu lama digunakan ia akan panas. Kita dapat kesan haba apabila sentuh pada casing adaptor ini. Bayangkan suhu didalamnya jika penebat plastik ini terasa panas apabila disentuh. Biasanya bahan penebat plastik dapat menahan haba. Supaya tahan lebih lama dan tidak merbahaya (overheat) saya modified adaptor ini.
Gambar menunjukkan casing adaptor ini dibuang dan lihat komponen elektronik yang berada di dalamnya.



Penutup atas perlu dicabut dan ditebuk lubang mengikut saiz diameter kipas yang akan digunakan. Gunakan apa-apa alat pun supaya terbentuk lubang seperti di atas. Saya gunakan elektrik drill dan kikir.


Dapat sekeping plastik yang akan dijadikan bekas untuk diletakkan kipas. Saya telah gunakan bekas minyak 4T. Untuk membentuk seperti kepingan plastik seperti diatas saya telah gunakan mesin pembungkusan plastik. Haba yang dari alat ini dapat membentuk kepingan plastik mengikut acuan yang kita kehendaki.


Kipas ini saya dapati daripada kipas penyejuk processor PENTIUM S dari komputer desktop yang telah lama rosak. Jimat kan?!!! Voltan kipas ini ialah 12V.


Ini kepingan plastik yang telah dibentuk dengan menggunakan alat tadi. Lubang yang ditengah tu untuk letak kipas.


Cuba letakkan kipas supaya muat dengan apa yang dibuat. Syukur muat2 jer.


Untuk puaskan lagi hati, saya test pada adaptor. Pastikan kipas yang dipasang itu tidak sentuh pada mana2 bahagian adaptor tu.

Langkah seterusnya ialah solder wayar pada sumber power di atas papan litar tu. Nak tahu macamana tempat nak di solder tu, perhatikan wayar yang keluar pada adaptor tu. Cari punca wayar asal itu pada papan p.c.b. sebelum disolder pastikan kutub atau polaritinya adalah betul. Ini kerana kipas processor hanya satu hala pusingannya. Ada litar yang mengawalnya pada kipas itu supaya berpusing hanya satu arah sahaja. Walaupun ditukarkan polariti pada ia tidak berpusing ke arah lain. Tidak seperti motor kipas yang biasa. Lubang pada papan litar ditebuk kerana supaya lebih kemas. Pastikan tebuk pada tempat yang tiada litar di atas p.c.b tu.


Untuk melekatkan pada casing adaptor tu saya cadang untuk gunakan rivet. Jadi lubang perlu ditebuk. Hati2 semasa tebuk sebab bahan casing adaptor ni akan pecah.

Ini gambar setelah di rivet. Untuk jadikan lebih kemas, saya cadangkan supaya lapikkan paku rivet tu dengan ”washer”.

Pada bahagian lain saya tidak menggunakan rivet. Ini kerana untuk kerja2 maintenance pada masa akan datang.

Jangan lupa lubang keluar angin mesti dibuat. ”work in…work out”

Hasil kerja yang siap. Saya puas hati. Syukur.

Yang malasnya kena kemaskan bilik.