Kebanyakan pisau-pisau yang kita dah ada sarungnya. Tetapi ada juga pisau yang tiada sarung semasa membelinya. Gambar ini diambil dari seorang kawan yang agak kreatif untuk ganti sarung pisaunya yang telah hilang. Sarung pisau ini di perbuat daripada paip pvc rumah. Amat lasak dan tahan lama. Kalau hilng pun sarungnya tidaklah terasa sangat.
Perhatikan cara untuk mengantungkan pisau ini. Kemas dan cantik.
Perhatikan cara membuat klik supaya pisau tidak tanggal dari sarungnya walaupun ulu pisau diletakkan di bawah. Kemas dan mudah ditarik jika hendak keluarkan pisau.
No comments:
Post a Comment