Saturday, July 10, 2010
Modify my RC airplane
Modfy kapal terbang memang menarik. Selain dari pada dapat mengetahui kemampuan kita, kita juga dapat membuat lagi bentuk2 kapal terbang yang canggih lagi. Kapal yang saya modify pada kali ini ialah kapal glider yang pada asalnya tiada servo. Jadi untuk menambahkan lagi “feel” bawa kapal terbang saya telah mengubahsuainya. Body ini menunjukkan dua kipas untuk kiri dan kanannya.
Langkah permulaan saya telah membuat ekor kapal terbang yang lain. Sayap belakang foam ini di screw pada plastic yang saya potong dari bekas minyak enjin kereta.
Cara melipat plastik ini, saya telah menggunakan “seal heater”. Seal heater ini biasanya kita dapati untuk seal atau menutup plastic yang telah diisikan keropok atau ikan pekasam dll. Biasanya kalau orang dahulu menggunakan lilin jer. Jadi saya gunakan untuk lipat plastic mengikut bentuk2 yang dikehendaki.
Gambar ini menunjukkan beberapa screw yang perlu di buka untuk diletakkan sayap ekor kapal terbang.
Apabila telah siap di potong saya lekatkan dengan menggunakan screw. ( tetapi ekor ini telah di ubah mengikut kesesuaian untuk servo parking nanti ).
Gambar ini , menunjukkan sayap asal untuk mendapat nisbah sayap yang baru kapal terbang ini.
Berikut lukisan telah di buat dan sedia untuk di potong.
Berikut gambar yang telah siap kedudukan sayapnya. Namun banyak lagi perlu di buat. Langkah seterusnya aerodinamik sayap. Aerodinamik perlu pada sayap untuk mendapatkan daya angkat.
Saya telah menggunakan bahan terbuang bekas penutup plastic. Bentuk sayap ni boleh dapati dalam internet. Bentuk-bentuk sayap ini memainkan peranan yang penting. Gunakan alat yang sesuai untuk memotong plastik ini.
Gambar ini menunjukkan sayap yang telah siap dilekatkan bentuk aerofoil yang dikehendaki. Gunakan bahan plastic untuk menahan dari “terbokeh”. hihi…. Sebelum ini saya telah mengunakan binding tape. Tetapi lama-lama dia “terbokeh”. Jadi untuk kekalkan bentuk yang dikehandaki saya menggunakan dawai.
Seterusnya saya perlu membuat tapak motor. Stand motor ini nampak simple. Tapi ababila di uji dengan motor, ada sedikit “vibrate” pada propeller. Untuk itu saya telah mengubah suai dengan menambahkan plat besi pada stand motor ini.
Gunakan juga dawai untuk lekatkan pada sayap kapal terbang. Oleh kerana kekurangan pada budget untuk membeli servor, jadi saya telah menggunakan dawai telekom yang terpakai ( jangan marah telekom bukan curi ni tau ). Dawai ini di gulung dan dilipat untuk dijadikan sebagai engsel atau linkage bagi mengantikan servo.
Sekarang semuanya telah siap dan sedia untuk terbang.
Berikut adalah kapal terbang RC saya yang telah siap. Syukur Ya Ilahi. Sila tonton video yang telah dirakam. Namun kapal terbang ini dah jadi kenangan buat selama-lamanya. Kapal terbang ini hilang sewaktu berada di angkasa. Ia perlu lagi di ubah suai. TUNGGULAH next design….neuralTECH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment