Monday, February 1, 2010

cooling fan untuk adaptor

Projek pada kali ini ialah modify power adaptor dengan menambah cooling fan. Power adaptor ini dapat membekalkan sehingga 12V dan 1000mA. Harganya dalam Rm 15.00. Seringkali apabila terlalu lama digunakan ia akan panas. Kita dapat kesan haba apabila sentuh pada casing adaptor ini. Bayangkan suhu didalamnya jika penebat plastik ini terasa panas apabila disentuh. Biasanya bahan penebat plastik dapat menahan haba. Supaya tahan lebih lama dan tidak merbahaya (overheat) saya modified adaptor ini.
Gambar menunjukkan casing adaptor ini dibuang dan lihat komponen elektronik yang berada di dalamnya.



Penutup atas perlu dicabut dan ditebuk lubang mengikut saiz diameter kipas yang akan digunakan. Gunakan apa-apa alat pun supaya terbentuk lubang seperti di atas. Saya gunakan elektrik drill dan kikir.


Dapat sekeping plastik yang akan dijadikan bekas untuk diletakkan kipas. Saya telah gunakan bekas minyak 4T. Untuk membentuk seperti kepingan plastik seperti diatas saya telah gunakan mesin pembungkusan plastik. Haba yang dari alat ini dapat membentuk kepingan plastik mengikut acuan yang kita kehendaki.


Kipas ini saya dapati daripada kipas penyejuk processor PENTIUM S dari komputer desktop yang telah lama rosak. Jimat kan?!!! Voltan kipas ini ialah 12V.


Ini kepingan plastik yang telah dibentuk dengan menggunakan alat tadi. Lubang yang ditengah tu untuk letak kipas.


Cuba letakkan kipas supaya muat dengan apa yang dibuat. Syukur muat2 jer.


Untuk puaskan lagi hati, saya test pada adaptor. Pastikan kipas yang dipasang itu tidak sentuh pada mana2 bahagian adaptor tu.

Langkah seterusnya ialah solder wayar pada sumber power di atas papan litar tu. Nak tahu macamana tempat nak di solder tu, perhatikan wayar yang keluar pada adaptor tu. Cari punca wayar asal itu pada papan p.c.b. sebelum disolder pastikan kutub atau polaritinya adalah betul. Ini kerana kipas processor hanya satu hala pusingannya. Ada litar yang mengawalnya pada kipas itu supaya berpusing hanya satu arah sahaja. Walaupun ditukarkan polariti pada ia tidak berpusing ke arah lain. Tidak seperti motor kipas yang biasa. Lubang pada papan litar ditebuk kerana supaya lebih kemas. Pastikan tebuk pada tempat yang tiada litar di atas p.c.b tu.


Untuk melekatkan pada casing adaptor tu saya cadang untuk gunakan rivet. Jadi lubang perlu ditebuk. Hati2 semasa tebuk sebab bahan casing adaptor ni akan pecah.

Ini gambar setelah di rivet. Untuk jadikan lebih kemas, saya cadangkan supaya lapikkan paku rivet tu dengan ”washer”.

Pada bahagian lain saya tidak menggunakan rivet. Ini kerana untuk kerja2 maintenance pada masa akan datang.

Jangan lupa lubang keluar angin mesti dibuat. ”work in…work out”

Hasil kerja yang siap. Saya puas hati. Syukur.

Yang malasnya kena kemaskan bilik.

2 comments: